Tuesday, March 1, 2011

Badul Sebelum AR Badul

Awal 70an, aku masih dengan bersama-sama rakan seperjuangan yang lain bersama-sama dalam arena seni ini. BADUL....itu memang nama glamer aku sejak kecil lagi.....rakan-rakanku suka nama itu.

Kenapa AR Badul menjadi nama seni yg aku pilih dalam perjuangan ini....? Ramai yang mengenali aku selalu beritahu yang aku adalah berlainan disebalik tabir, karakter aku tidak seperti watak yang aku lakonkan. Bakat barangkali atau nasib menyebelahi aku setelah mencuba pelbagai cabang seni. Ataupun, darah seni yang sedia ada mengalir dalam diri aku...

Saturday, February 26, 2011

Sebelum Aku Bergelar Artis

Apa yang aku ingat tahun 70an aku jadi bus kondaktar no c 128 di bandar klang. Banyak juga pengalaman menjadi konduktor penuh dengan cerita manis/sedih dan seram. Kisah2 ini aku masih ingat aku akan cerita
kan ..

Thursday, September 2, 2010

Apa Yang Aku Ingat

1949 ...   tahun  aku dilahirkan, di hari kedua dalam bulan November. Lagi apa yang aku ingat? apa yang aku ingat .. mula mula sekali aku terdengar horn kapal menderam waktu itu aku tak tahu umur aku berapa kelakarkan .. sebab  itu lah blog ini aku namakan  apa yang aku ingat ..
macam macam yang aku ingat dan yang aku terkenangkan hingga waktu ini semuanya aku masih ingat.

kenakalan diwaktu kecil  kisah adik beradik .. saudara mara mengenal apa itu sandiwara  kisah ibu bapa  keluarga, gurau senda ikut rombongan sekolah, mula bersekolah  kawan sekolah
mula berdikari selepas lari dari sekolah
pertama memjejak kaki ke Kuala Lumpur dan bermacam macam kisah tentang diriku Apa Yang Aku Ingat

bersambung relak ....